Rabu, 21 Oktober 2015

Sistem penyucian

Halaqah,boleh diibaratkanya seperti sistem osmosis berbalik ,iaitu sistem menyusucian yang ada pada air

Begitu jugalah halaqah mingguan kita

Jika gundah kelana menjadi asbabnya kita tidak semangat,maka datanglah halaqah supaya ditiupkan kembali jiwa-jiwa para du'at

Dengan adanya jiwa para du'at,mereka diluar sana akan terpalit rasa kemanis jiwa-jiwa para du'at

Sesungguh Allah suka orang yang berlumba-lumba dalam kebaikan

Fastabiqul khairat

Sekian ...

Mohammad Fathy
7:01 a.m
21/10/2015

Khamis, 8 Oktober 2015

Apa perlu dibaca di pagi dan petang

APA PERLU DIBACA DI WAKTU PETANG?

رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا
Aku telah redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi.
~~~~~~
عَنْ ثَوْبَانَ، رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Tsauban radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا
Sesiapa yang memasuki waktu petang dan membaca: -Aku telah redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi-

كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُرْضِيَهُ
maka Allah pasti akan meredhainya.
[Jami' at-Tirmizi, Kitab ad-Da'awat, hadis no: 3389, hasan gharib]

~~~~~~~~~~
Daftar segera SEMINAR AL-QURAN 1.0
Pembentang: Ustaz Yasir Ramlee dan Dr. Nik Md Saiful Azizi
Tarikh/hari: Sabtu/31 Oktober 2015
Lokasi: UIAM Gombak
*Perincian seminar boleh dilihat di sini -> http://alkahfi.com.my/seminarquran/

Rabu, 7 Oktober 2015

Jom menuntut Ilmu

KENAPA PERLU MENUNTUT ILMU?

وذكر عن الأوزاعى قال:

Diriwayatkan daripada Imam al-Auzai’e, beliau berkata:

جاء رجل إلى ابن مسعود فقال: يا أبا عبد الرحمن، أى الأعمال أفضل؟

Seorang lelaki telah datang kepada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu lalu bertanya : Wahai Abu Abdul Rahman, apakah amalan yang paling afdhal?

قال: العلم، ثم سأله أى الأعمال أفضل؟ قال: العلم،

Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu menjawab: Ilmu. Kemudian lelaki itu bertanya lagi : Apakah amalan yang paling afdhal? Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu menjawab : Ilmu.

قال: أنا أسألك عن أفضل الأعمال، وأنت تقول: العلم؟

Lelaki itu pun berkata : Aku bertanya kepada engkau tentang amalan paling afdhal, tetapi engkau menjawab ilmu.

قال: ويحك، إن مع العلم بالله ينفعك قليل العمل وكثيره، ومع الجهل بالله لا ينفعك قليل العمل ولا كثيره.

Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu menjawab: Celaka engkau! Dengan adanya ilmu tentang Allah, amal yang sedikit mahupun banyak akan memberikan manfaat kepada engkau. Dengan kebodohan tentang Allah. Amal yang sedikit mahupun banyak tidak memberi manfaat kepada engkau.

[Kitab al-Ilm, Syarah Sahih al-Bukhari oleh Ibn Batthal]

http://alkahfi.com.my/kenapa-perlu-menuntut-ilmu/