Ahad, 9 November 2014

pencerahan serba sedikit tentang ISIS

Assalamualaikum...
insyaAllah saya akan cerita sedikit tentang ISIS...semoga bermanfaat
beberapa bulan lepas saya ada menghadiri ceramah tentang kekejaman ISIS oleh orang Syria sendiri yang sanggup datang dari sana untuk meminta bantuan dari kita  dan menerangkan tentang ISIS kepada kita...

ISIS ialah orang yang dipenjara oleh maliki kini jadi tentara isi.Isis juga menipu ahli sunnah untuk membebaskan orang syria.mereka menuntut baiah dari arab dan syria alasannya mereka cakap Allah hanya suruh berperang dengan orang murtad.

2juta orang ahli sunnah di sana telah lari dari tanah arab kerana isis. 1.2 juta kanak-kanak disana ibubapa dan 3juta sudah orang sudah lari dari tanah arab.17 juta pula ahli sunnah hanya hidup sebatang kara. meraka hanya makan-makanan,air dan haiwan berbisa sepertikala jengking dn serangga yang ada disana...

Mereka juga membakar masjid,al quran.nama-nama seperti Abu bakar,Umar dibunuh manakala nama seperti a'isyah dirogol dan dibunuh..

Disana ketua-ketua seperti pensyarah dan jawatan-jawatan besar di peggang oleh syiah hatta di sana orang arab disana lebih ramai...

Itulah serba sedikit nota saya dapat catat...
InsyaAllah bermanfaat untuk semua :D


Ahad, 28 September 2014

kata-kata semangat kepada SYABAB(PEMUDA) (2)



Melamar Idaman Hati

Mungkin rakan-rakan pembaca ada yang tertanya bila sebenarnya waktu paling sesuai untuk melamar seseorang?

Saya berpendapat bahawa, selepas kita telah berusaha mengenali serba sedikit orang yang kita sukai, sudah berbincang dengan keluarga dan berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT, pergilah kita melamar dengan yakin dan tawakkal.

Jangan ambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan melamar. Berikan satu tempoh yang dirasakan tidak begitu panjang. Mengapa?

Agar kita tidak terlalu memendam perasaan terhadap orang yang kita sukai tersebut. Sebagai manusia biasa, pastilah apabila kita menyukai seseorang, kadang kita teringatkan dia, kadang kita akan ter’angau’kan dia dan sebagainya. Namun kita kadang terlupa yang kita masih bertepuk sebelah tangan. Orangnya masih belum menyatakan ya atau tidak kepada kita.

Sebelum kita ‘melabur’ terlalu banyak akan emosi kita terhadapnya, baiklah kiranya kita segera pastikan apakah dia sudi menerima perasaan kita terhadapnya, sudi menjadi pasangan hidup kita, ataupun tidak.

Jika jawapannya ya, maka proses taaruf, proses mengeratkan hubungan, boleh disambung pada fasa pertunangan dan perkahwinan. Jika jawapannya tidak, selesai, kita tidak terlalu memendam perasaan, jiwa pun takkan rasa terluka(sangat) bila ditolak, dan kita boleh mula mencari orang lain sebagai pasangan hidup kita insyaAllah.

Jadi tidak perlu memendam perasaan, berangan-angan seorang diri, memeriksa latar belakangnya, berdoa bagai seorang diri terlalu lama.

Jodoh di tangan Tuhan, itu kata orang ramai. Ada jodoh, ada la. Tak payah tergesa-gesa. Itulah yang biasa kedengaran.

Saya setuju bahawa jodoh kita di tangan Allah SWT. Dia Maha Tahu akan takdir kita. Dan benar, tidak perlu tergesa-gesa, tergopoh gapah. Sebab itu kita tak perlu susah payah sampai nak mengorat atau menggoda manusia idaman kita.

Tetapi kita perlulah bergerak dengan bijak untuk mengambil jodoh yang berada di tangan Allah SWT itu.

Dan melamar dengan baik selepas mengambil sedikit masa cuba mengetahui latar belakangnya, berbincang dengan keluarga, bermunajat memohon petunjuk, dan tidak mengambil masa terlalu lama memendam perasaan dengan semua itu, adalah apa yang terbaik untuk mengambil jodoh yang berada di tangan Allah SWT itu sebenarnya.

Apakah kita akan memperolehinya?

Belum tentu.

Tetapi selagi tidak cuba, kita tidak tahu bukan?

Ini adalah usaha kita, insyaAllah.

#SebelumAkuBernikah_MemelukSempurna

-------------------------------
Seminar Untuk Kita Pendosa(KUASA) 2.0 anjuran LangitIlahi bakal berlangsung pada 18hb Oktober 2014 di UTM Jalan Semarak, Kuala Lmpur.

Sekitar 6 hari lagi, harga promosi akan ditutup.
Manakala tempat pun semakin sedikit.

Tinggal sekitar 300 seat sahaja lagi.

Daftar segera!

Detail & Pendaftaran di:
http://langitilahi.com/kuasa


DARI HILAL ASYRAF

https://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643

kata-kata semangat kepada SYABAB(PEMUDA) (1)

Cuba bayangkan.
3,000 pemuda dikumpulkan dan dibentangkan idea demi idea, dibuka minda dan dibangkitkan semangat serta ditunjukkan jalannya pada setiap minggu.
Tidakkah akan ada di antara mereka yang akan saling berkenalan kemudian saling memahami sekaligus mula bekerjasama dalam memberi impak kepada Ummah?
Bayangkan pula bagaimana sekiranya mereka ini hadir memang dengan niat untuk berbuat sesuatu demi Ummah, mereka inginkan idea dan juga ingin bertemu dengan mereka-mereka yang berfikiran sama seperti mereka?
Tidakkah ia akan melipatkali gandakan kebarangkalian sesuatu yang bermanfaat untuk diwujudkan?
Apatah lagi apabila mereka ada tempat untuk bertemu pada setiap minggu sekaligus membolehkan 'follow up' dijalankan dengan efektif?
Dari sekecil-kecil projek bersama seperti gotong-royong kepada sebesar-besar projek seperti membina sistem pendidikan, mustahilkah ia apabila golongan yang benar-benar ingin berbuat sesuatu dikumpulkan dan ditunjukkan jalannya?
Wallahua'lam.
Saya sendiri juga tidak tahu.
Tetapi yang pastinya, saya mendoakan OutBox benar-benar menjadi titik tolak dalam memperkasa barisan mujahid agar terus maju ke hadapan dari seminggu ke seminggu.
Saya mendoakan OutBox akan dilihat para pejuang bahwa ianya suatu keperluan dan bukannya suatu kehendak.
Sekiranya seseorang itu tidak dapat hadir pada setiap minggu, ia akan pastikan ia mampu hadir sebulan sekali.
Sekiranya masih tidak mampu, ia akan memastikan setahun sekali atau sedekad sekali.
Biiznillah.
...
Kunci kemenangan bukanlah terletak pada ramainya penyokong yang lemah sebaliknya ia terletak dalam tangan para pendukung yang senantiasa memikirkan perihal Ummah lantas memantapkan amalnya.
Kita sudah ada ramai penceramah, sudah tiba masanya untuk kita bergerak pula.
***
DARI AFIQ SAZLAN

https://www.facebook.com/afiq.sazlan/posts/826478787366205

Jumaat, 20 Jun 2014

Asas Penyampaian Hadis


InsyaAllah sebelum saya menceritakan serba-sedikit tentang (Asas Penyampaian Hadis) marilah kita ucapkan SubhanAllah,Alhamdulillah dan Astarfiruallahalzim dan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W…. ) :D
Maksud Hadis   ialah kata-kata Dari Nabi Muhammad S.A.W
Ini ialah gambaran yang menunjukan penyampaian hadis bermula dari Nabi sampailah kepada kita.Jika ada salah minta diperbetulkan…..

Nabi Muhammad S.A W--->Sahabat--->Tabiin--->Tabi’tabi’in---> Generasi Baru
                                                              
Sahabat      ialah manusia yang sempat berjumpa Nabi dan percaya kepada ajaran islam sehingga akhir                              umurnya…
Tabiin         ialah manusia yang sempat berjumpa Sahabat Nabi  dan percaya kepada ajaran islam sehingga   akhir umurnya…
Tabi’tabi’in ialah manusia yang sempat berjumpa Tabiin dan percaya kepada ajaran islam sehingga akhir      umurnya…
Genarasi baru  iaitu Kita yang belajar dengan tabi’tabi’in…

Jumaat, 4 April 2014

jangan menambah-nambah URUSAN agama  walaupun ianya perkara baik kerana agama islam sudah cukup sempurna dan tidak perlu menambah-nambah URUSAN baru dan ini juga disebut sebagai bid'ah ...dan orang yang melakukan hal ini lebih teruk daripada orang yang melakukan maksiat kerana orang melakukan maksiat dia tahu ia melakukan dosa dan ingin bertaubat manakala orang yang melakukan hal menambah-nambah ini tidak tahu ianya dosa bahkan mengagap ianya baik disisi agama.....jika mengunakan logik akal pun sudah tahu adakah dikalangan kita meragui kesempurnaan agama??? sampai sanggup menambah-nambah urusan agama,tepuk dada tanya iman.
Dalam surah Al-maidah ayat tiga sudah diterangkan:

اليَومَ Ø£َكمَلتُ Ù„َÙƒُÙ… دينَÙƒُÙ… ÙˆَØ£َتمَمتُ عَÙ„َيكُÙ… Ù†ِعمَتى Ùˆَرَضيتُ Ù„َÙƒُÙ…ُ الإِسلٰÙ…َ دينًا

 Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

dan dijelaskan juga dalam surah Al-aam ayat 115:


ÙˆَتَÙ…َّت ÙƒَÙ„ِÙ…َتُ رَبِّÙƒَ صِدقًا Ùˆَعَدلًا ۚ لا Ù…ُبَدِّÙ„َ Ù„ِÙƒَÙ„ِÙ…ٰتِÙ‡ِ ۚ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ السَّميعُ العَليم
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-


janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui....


so buktinya sudah ada dan tidak perlu diragui......




                                                 ..........wallahu a'lam........
                                                                  ^_^ 

Isnin, 31 Mac 2014

Salah Satu Lagu Yang Bermuhasabah Diri

Lirik Lagu Yasin

Di saat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar…

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
7,8,6 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah³
Lirik Lagu Alhamdulillah - Yasin ft Too Phat