3,000 pemuda dikumpulkan dan dibentangkan idea demi idea, dibuka minda dan dibangkitkan semangat serta ditunjukkan jalannya pada setiap minggu.
Tidakkah akan ada di antara mereka yang akan saling berkenalan kemudian saling memahami sekaligus mula bekerjasama dalam memberi impak kepada Ummah?
Bayangkan pula bagaimana sekiranya mereka ini hadir memang dengan niat untuk berbuat sesuatu demi Ummah, mereka inginkan idea dan juga ingin bertemu dengan mereka-mereka yang berfikiran sama seperti mereka?
Tidakkah ia akan melipatkali gandakan kebarangkalian sesuatu yang bermanfaat untuk diwujudkan?
Apatah lagi apabila mereka ada tempat untuk bertemu pada setiap minggu sekaligus membolehkan 'follow up' dijalankan dengan efektif?
Dari sekecil-kecil projek bersama seperti gotong-royong kepada sebesar-besar projek seperti membina sistem pendidikan, mustahilkah ia apabila golongan yang benar-benar ingin berbuat sesuatu dikumpulkan dan ditunjukkan jalannya?
Wallahua'lam.
Saya sendiri juga tidak tahu.
Tetapi yang pastinya, saya mendoakan OutBox benar-benar menjadi titik tolak dalam memperkasa barisan mujahid agar terus maju ke hadapan dari seminggu ke seminggu.
Saya mendoakan OutBox akan dilihat para pejuang bahwa ianya suatu keperluan dan bukannya suatu kehendak.
Sekiranya seseorang itu tidak dapat hadir pada setiap minggu, ia akan pastikan ia mampu hadir sebulan sekali.
Sekiranya masih tidak mampu, ia akan memastikan setahun sekali atau sedekad sekali.
Biiznillah.
...
Kunci kemenangan bukanlah terletak pada ramainya penyokong yang lemah sebaliknya ia terletak dalam tangan para pendukung yang senantiasa memikirkan perihal Ummah lantas memantapkan amalnya.
Kita sudah ada ramai penceramah, sudah tiba masanya untuk kita bergerak pula.
***
DARI AFIQ SAZLAN
https://www.facebook.com/afiq.sazlan/posts/826478787366205
Tiada ulasan:
Catat Ulasan