Selasa, 12 Julai 2016

Banyakkan bertanya walaupun takut bertanya

Ceritera ini berdasarkan pengalaman aku sendiri yang ingin membebaskan diri dari anasir jahat yang ada pada diri sendiri.

Sebenarnya dengan bertanya kepada orang yang tepat maka kita akan dapat jawapan yang tepat .Walaupun ia memakan diri kerana lebih baik jika kita tanya kepada orang bukan ahlinya dan yang lebih menyedihkan orang itu hanya pengampun kita sahaja.

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
(maksudnya): Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui (an-Nahl:43)

Aku mengambil keputusan untuk tidak duduk dibawah ketiak ibubapa kerana ingin mencari jawapan yang telus dan tulus dalam menjadi manusia yang produktiv.

Seputar pemikiran aku hanya aku nampak majoriti yang aku nampak sahaja anak muda yang aku nampak habis SPM sambung belajar kerja dan duduk dengan ibubapa kembali dan ada yang habis Sijil Pelajaran Malaysia terus kerja dan duduk bawah ibu bapa.

Seolah-olah inilah silibus yang selamat dan aman.

Ada yang ibubapa menghulurkan tangan sampai kahwin diteruskan sampai anak dan pengambil ahli legasi harta ibubapa.

Alhamdulillah untunglah hampa semua....

Sampai takat itu sajalah...

****

Aku ada kawan yang dia dari sekolah menengah sudah kena berfikir sendiri bukan hanya duit tapi everything termasuklah benda yang berhaluan kiri.

Bab berhaluan kiri itu ceritalah lain lah sebab jarang ada remaja memandu di jalan yang betul lebih dari jalan yang salah.

Laluan sehala jalan 2,3,4 hala jadinya...

Tetapi mereka sudah pandai berfikir sendiri.

Macam aku dulu dah habis sekolah, baik rendah atau menengah lepas balik rumah campak beg makan siap dihidang ater tidur dan main.

Malam kadang-kadang sahaja buat kerja sekolah

Sebab waktu ini tanya yang dipandu gelong kalau rasa dah rosak ada orang di bantu tanpa perlu khuatir.


Lepas habis SPM terpinga-pinga taktau nak buat apa???

Sambung belajar, belajar tak habis

Baru pikior ke arah menuju wawasan 2020.

Baru kenal Dunia luar...

Welcome To Reality World


****

Alhamdulillah doa punyalah doa supaya dapat kawan yang soleh di dunia dan di akhirat

Dapatlah kawan yang dicari walaupun tak perfect 10 kerana manusia memang tak sempurna.

Apa yang takjub syabab-syabab kawan aku ni diantara mereka ada ideologi yang aku rasa baru lahir setahun 2. Kerana impak yang mereka bagi kepada aku sesuatu kelaianan dari orang lain.

Banyak aku bertanya berguni-guni sawit tentang mereka tentang resam kehidupan sebagai manusia yang ada persediaan kendiri.

Kadang-kadang panah tepat pada aku dada ayat-ayat mereka. Oh sakit jiwa raga, pernah serik bertanya kepada mereka tetapi ruginya kita juga maka bermuhasabah.

Maksud panah disini bukanlah mereka bagi ayat-ayat sinis tapi bait-bait yang memang realiti kehiudpan...

banyak kali tunduk tapi kritikan yang membina

Itulah yang aku cari

Brotherhood, the Foundation of Glory....




****

Apa yang aku boleh katakan...

Jangan buang masa kita masih mentah sangat dan banyakkan bertanya kepada orang yang berpengalaman

Rapatkan diri dengan orang hebat supaya dengan dia boleh pandu kita ke arah yang lebih jelas dan realiti




Khamis, 21 April 2016

Pesta Makanan dan Minuman







Dayat yang tekun bermain game di telefon bimbitnya di atas katil tiba-tiba disapa oleh Umair.

'' Dayat jom turun bawah nak ?'' sambil tangan kananya di bahu dayat.

'' Buat apa? jawab Dayat.

'' Ko tak tahu ke? dekat bawah bilik kita ini ada pesta makanan dan minuman.'' kata Umair

'' Manalah aku tahu umair, aku selalunya habis sahaja kelas aku terus balik bilik.

Lagi-lagi cuaca panas sekarang ini, baik duduk dalam bilik hidupkan kipas dan main game.'' kata Dayat sambil tangan bermain game.

'' Alah ko tu alasan je lebih, musim tak panas pun ko terperap dalam bilik je macam 'kera sumbang'

Tak suka bergaul dengan orang.

'' Bukan aku tak nak bergaul dengan orang, tapi kita ada waktu rehat sabtu dan ahad sahaja.

Jadi, aku nak rehat serehatnya dengan bermain game'' sambung dayat bermain game.

'' Erm..... yerla tu'' Umair ketawa kecil.

'' Fasal ko ketawa Umair?'' ujar Dayat.

'' Ko punya alasan itu dah seribu orang guna. Ini ko yang ke seribu satu guna.

Sambung ketawa Umair.

Begini, ko rehat atau ko tak rehat ke sama saja tetap ko akan penat. Ini ko terperuk dalam bilik lagilah badan ko rasa penat dan ngantuk sebab badan ko tu tak bersenam.

'' Betul tu'' kata Nicko yang tiba-tiba terpacak di bilik Umair dan Dayat.

'' Woi!!!, bagilah salam dulu. Pakai sergah je masuk".Raut wajah Dayat bertukar.

" Maaflah.... haha. Jom turun bawah ada pesta makanan dan minuman. Tak perlu kita pergi kantin yang penuh dengan orang tu.

'' Aku tengah mengajak Dayat la ni. Cuma dia ni berat badan sikit, asik main game sahaja, Ujar Umair dengan nada sinis.

'' Tak baiklah ko cakap macam itu '' ketawa Nicko.

'' Yerla, jom turun bawah. Tapi bagi aku mandi dulu.'' Jawab Dayat

'' Tak mandi lagi masyaAllah. Ujar Nicko sambil tepuk dahi.








Rabu, 20 April 2016

Naufal remaja semakin matang (3)





Setelah habis dan membaca doa makan, Naufal mengambil pinggan emak dan ayah lalu membawa ke singki untuk membasuh. Alangkah terkejutnya emak dan ayahnya melihat gelagat yang ditunjukan oleh anak bongsu mereka itu.

'' Abang cuba tengok anak bongsu kita itu '' bisik emaknya sambil mencuit tangan ayahnya.

'' Baguslah macam itu, dia sudah cakna dengan dirinya. Senang sikit kerja awak.'' balas ayahnya.

Sesudah membasuh pinggan, Naufal pun naik ke atas biliknya.

"Baiklah mak, Naufal naik atas dulunya.'' sambil melebarkan senyum di wajah kedua ibubapanya.

****

Sampai sahaja di bilik, anak bongsu itu mengemas biliknya dengan cukup cantik sekali. Di dinding biliknya terpapar kata-kata mengusik jiwa.

Antaranya (Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.)

Surah At-tin 95:4

Ada lagi satu, 

(Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama)

Lao Tsu

Tidak macam tahun sebelum ini, habis semua biliknya dipenuhi dengan gambar-gambar permain bola dan artis-artis Korea.













Selasa, 19 April 2016

Naufal remaja semakin matang (2)





''Ayah kamu tu jatuh cinta dengan emak pasal masakan inilah'' balas emaknya sambil menyedok nasi  ke pinggan.

''Eh awak ni, macam mana awak tahu?'' ujar ayahnya.

''Macamlah Sam tidak tahu bang, ingat lagi waktu bertunang dulu?

  Masa itu kakak abanglah cerita segala dekat saya'' balas emaknya.

''Haha, bahaya betul kak su ni'' jawab ayahnya sambil terseyum.

''Kalau Naufal besar nanti, macam mana pulalah naufal jatuh cinta '' tiba-tiba keluar suara Naufal.

''Jatuh cinta itu tidak salah Naufal?

''Tapi jangan bermain dengan cinta, nanti semua kerja tak jadi

''Tak jadi?, aikk '' Jawab Naufal sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

''Macam ni, Cinta pada berlainan jantina itu tandanya kita sudah baliqh ataupun cukup umur. Jadi jika sudah baliqh maka fitrah seseorang itu sudah ada.

Cinta itu adalah salah satu fitrah kurniaan Allah kepada hambanya. Tapi bagaimana kita bawakan cinta itu. Adakah cinta kita itu mahal ataupun murah''.

''A'kk ada mahal dan murah pulak, Dah masuk jual beli ni '' bisik hati Naufal sambil bertambah bingung dikepalanya.

Lalu Naufal pun bertanya kepada ayahnya, maksud yag dikatakan cinta mahal dan murah takut dia salah faham nanti.

''Ayah, apa maksud cinta mahal dan murah?''

''Cinta mahal ialah cinta yang lelaki dan perempuan menjaga batas pergaulan antara satu sama lain dan syaitan tak boleh menghasut mereka berdua, manakala cinta yang murah selalu berkepit macam belangkas yang senang-senang sahaja syaitan mengoda mereka tanpa tahu halal haram'' .

''Cukuplah itu bang nanti sambung balik ceritanya, kita nak makan ni '' balas emaknya

''Maaf, abang kalau cakap kamu tahu-tahulah macam mana '' ujar ayahnya sambil melipat lengan baju untuk makan.






Khamis, 14 April 2016

Naufal remaja semakin matang (1)






Tahun ini Naufal menjangkau usia 16 tahun yakni sudah tingkatan 4. Peribadi hidupnya pun sudah berubah, tidak macam usia 14 dan 15 lagi. Ibubapa Naufal pun sudah menyedari akan situasi itu. Dahulu baju, seluar dan kasut diuruskan oleh orang tuanya tetapi semenjak masuk tingkatan 4, dia mula berubah.

Dari baju sekolah, seluar, kasut hatta sarapan pun kadang-kadang dia uruskan sendiri. Ibubapanya senang hati dengan sedikit demi sedikit perubahan ke arah matang sudah mula dapat dari peribadi anaknya. Pernah ibunya bertanya kepada Naufal.

'' Baguslah anak ibu ni sekarang, sudah pandai mengurus diri dengan baik'' kata ibunya Naufal sambil menghulurkan sekeping roti kepada Naufal.

'' Mestilah ibu, naufal dah besar. Semenjak Naufal bergelar murid tingkatan 4 ada seorang guru lelaki selalu nasihat kami dalam kelas.

Kamu semua perlulah berdiri di kaki sendiri kerana kamu semua dah besar dan tidak perlu perkara-perkara temeh macam bangun pagi ibubapa kena bangunkan. Sampai bila kamu nak harapkan perkara macam ini di uruskan oleh ibubapa kamu semua''. Ujar Naufal sambil meniru gaya cikgunya itu.

'' Baguslah kalau ada cikgu macam itu''. balas ibunya sambil mengambil beg Naufal di atas kerusi.

Selepas masukkan kerusi ke dalam meja. Naufal mencium tangan dan pipi ibunya dan terus melangkah menuju ke pintu depan.

'' Naufal jam dah pukul 7:00 pagi ni'' kata ayahnya.

'' Sekajap ayah, Naufal tengah cari stoking ni'' balas Naufal sambil bola matanya kiri ke kanan mencari stoking.

'' Ini dia stoking Naufal. Ibu basuh semalam'' Ujar ibunya sambil menujuk stokingnya.

'' Okay dah jumpa ayah'' kata Naufal.

****

Setelah sampai di sekolah, Naufal salam tangan ayahnya lalu melangkah keluar dari kereta Proton Saga milik ayahnya.

'' Doa dulu sebelum memulakan pembelajaran dan lagi satu jangan banyak main dalam kelas'' kata ayahnya sambil mengusap kepala Naufal.

'' InsyaAllah Ayah'' Jawab Naufal.

Dalam tingkatan 4 Naufal bukan pengawas tetapi sikapnya yang semakin matang membuatkan dirinya di hormati oleh kawannya yang lain. Dalam kelas dia banyak memberi tunjuk ajar kepada kawanya yang lain. Penglibatanya yang suka bersembang dengan guru-guru dan suka berkawan tidak kira bangsa dan agama membuatkan dia banyak kawan

Setelah balik dari sekolah, Naufal menanggalkan stoking dan kasut lalu memberi salam.

'' Assalamualaikum'' bersuara Naufal.

'' Waalaikumusalam'' jawab adik dan ibunya.

Dari arah pintu hadapan rumahnya sudah bau masakan ibunya yang menusuk hati

'' Ermm!!! sedapnya bau masakan ibu'' kata Naufal sambil menghidu masakan ibunya.

'' Ibu kamu kalau masak memang sedap, sebab itulah ayah bertambah sayang dekat ibu kamu'' kata ayahnya sambil senyum manis.

'' Oh, haha '' balas Naufal sambil ketawa kecil.














Rabu, 13 April 2016

Pagar dan Piala Dunia









Piala dunia tahun ini jatuh pada bulan julai maka budak lelaki di sekolah kampung pinang sebatang mencari idea bagaimana mana hendak meloloskan diri pada waktu malam.Kamil dan Ishak adalah ketua disebalik semua agenda ini.

''Sekarang sudah masuk bulan Jun, bila kita nak rancang agenda ini'' kata Kamil sambil duduk di katil mengadap Ishak.

''Aku ada idea dah tapi takkan kita berdua sahaja, kalau dalam 4 orang baru rasa best, nak bersorak pun tak perlu takut-takut''balas Ishak sambil duduk.

''Esoklah kita bincang lagi mata aku dah rabak ni. Esok kena bangun awal'' ujar Kamil sambil menepuk bantalnya.

''Baca doa tidur dulu bro''balas Ishak sambil ketawa kecil. 

''Erm baiklah''jawab Kamil sambil menadah tangan membaca doa.

 Keesokan hari semasa di kantin sekolah Ishak mendekati 2 orang kawanya lalu duduk bersama untuk merealisasi agenda dia dan Kamil.

''Salam Abu, Bakar buat apa tu?'' tanya Ishak sambil senyum manis.

''Wasalam, tak ada buat apa-apa pun.Sembang kosong je''.Balas Abu sambil melihat Ishak.

''Korang minat tonton game bola sepak?'' kata Ishak sambil duduk di kerusi panjang itu.

''Ehh mestilah minat'' kata Bakar sambil menepuk dadanya.

''Cantik!, aku nak ajak korang ni.Lepas habis waktu kelas kita jumpa di asrama. Jawab Ishak sambil bersalam-salam dengan Abu dan Bakar.

Selepas sahaja habis waktu kelas mereka bertiga bergegas ke katil Ishak dan sampai sahaja di katil Ishak mereka meletakan beg di bawah katil.Tak lama lepas itu Kamil pun datang.

''Ni aku dah bawa 2 orang kawan aku amacam?

Oh, ok cantik!.Jom kita bincang.Rancangan aku kita ikut panjat pagar belakang bilik kita ini''.Ujar Ishak sambil jari telunjuknya mengarahkan kebelakang bilik.




''Bukan pagar belakang bilik ni penuh dengan semak samun ke? takut-takut ada binatang buas. jawab Bakar.

Mulut Ishak senyum manis mendengar kata-kata keluar dari mulut Bakar lalu dia membalas kata-kata Bakar dengan penuh berstrategi sekali.

''Waktu orang balik kampung, kita tak perlu balik.Kita buang akar-akar pokok yang berpaut dekat pagar.Lepas tu kita panjat pakar dan buatlah jalan.Aku masih ingat lagi nak buat jalan macam mana sebab 2 tahun lepas senior aku ada ajar'' kata Ishak sambil termengah-mengah bercakap.

Dengan ucapan yang jelas dan penuh berstrategi Abu, Kamil dan Bakar menganguk kepala tanda setuju dengan agenda itu.

Setiap Sabtu dan Ahad mereka berganding bahu membuang semak-samun yang ada pada pagar itu.Kamil menarik-menarik akar pokok yang melekat di pagar manakala Abu dan Bakar mengutip sampah dan Ishak membuat jalan untuk ke restoran mamak.

Hari-hari demi berlalu dan bulan Jun hanya tinggal minggu terakhir.Bermakna tinggal lagi 2 minggu menjelang piala dunia.Petang itu ialah petang terakhir mereka mencerahkan semak-samun yang menghalang jalan nak ke sebuah restoran mamak.

''Fuhh!, akhirnya habis juga kerja ini.Ujar Ishak sambil bersandar di dinding.

''Betul, sakit pinggang aku'' balas Kamil sambil memegang pinggangnya.

Tibalah hari yang mereka nanti iaitu tonton siaran langsung piala dunia.

Setelah budak-budak lain tidur mereka dengan senyap-senyap membuka pintu masuk dan memanjat pakar untuk ke kedai mamak menonton piala dunia yang mereka nanti-nantikan,





Selasa, 12 April 2016

Puisi ke 6

Berbahagialah wahai syabab gagah.
diusia kamu sudah pandai membanting tulang.
bukan hanya pandai membimbing keluarga
bahkan berfikiran positif dan cukup optimis.

Kamu bukan syabab yang picisan
tetapi syabab yang lebih gah dibandingkan.
superhero superman,iroman mahupun batman.
dibezakan mereka bukan realiti tetapi kamu realiti
.
Kamu meletakkan Allah di dalam sanubari
kamu meletakkan sunnah di lubuk hati.
kerna kamu faham mereka sebaik-baik pertolongan.
semoga kamu syabab yang gagah, dirahmati oleh Allah selalu

Manusia memandang kamu bahagia selalu.
tetapi mereka silap disebalik hati bergelora.
syabab kamu gagah dihadapan mereka.
untuk menjadi qudwah buat mereka.

Terima kasih syabab yang gagah dihadapanku.
jangan bersedih kerana Allah memilih kamu.
membantu sahabatmu yang memerlukan inspirasi.
supaya kita boleh menaiki gerabak ini bersama-sama.

Sabtu, 9 April 2016

puisi ke 5

Hati kecil terasa sakit
terkenangkan waktu dahulu
kini bangun papah sendiri
menjadi mengubat majukan diri

gelap gelisah dihempuk ombak
melawan arus dengan sendiri
ku pinta ya rabb bantulah aku
supaya cahaya kembali menjelma

dan aku sudah faham
jika hubungan dengan rabb baik
rabb akan baik dengan aku
berikanlah hambamu ini ya rabb
taufiq dan hidayah dari mu

Ya Rabb

Jumaat, 8 April 2016

Selipar Ramadhan(baru menulis)

Ketika melangkah keluar dari pintu keluar masjid,Adik Ehsan mendapati selipar jepunya hilang.Pusing ke dan ke kanan masih tidak menjumpai.Walhal seliparnya disorok tepi tangga.Adik Ehsan mengambil keputusan untuk menyarung selipar hak milik orang lain.Belum sempat adiknya menyarung selipar lain.Ehsan pun menghampiri.

''Adik''ujar Ehsan sambil menepuk bahu adiknya.

''Ya Abang''balas Adiknya.

''Mana kita boleh ambil hak orang lain walaupun hak kita hilang ''Ehsan berkata.

"Habis itu adik nak pakai apa?''jawab adiknya sambil menunjukan kaki kanan.

''Tak usah pakai apa-apa,sini abang tolong dukungkan''.

''Balik nanti abang ceritakan satu kisah benar''balas Ehsan sambil mendukung adiknya ke motosikal.

Ehsan pun menghidupkan enjin motornya lalu keluar dari pintu masjid.Selepas sampai di rumahnya Ehsan pun memberi salam.

''Assalamualaikum''bersuara Ehsan.

''Waalaikumusalam''jawab ibunya sambil membuka pintu pagar rumah.

''Ibu selipar adik hilang''adik Ehsan bersuara kecewa.

''Dah cari betul-betul ke?''jawab ibunya.

''Sudah ibu tapi tak jumpa juga''balas adinya.

''Erm,nak buat macam mana niat sedekah sajalah,dapat pahala''ibunya berkata sambil mengosok kepala anaknya.

''Adik sini''Kedengaran suara Ehsan dari arah dapur.

''Ya abang''jawab adiknya sambil melangkah ke dapur.

''Duduk sini''berkata Ehsan sambil menepuk kerusi sebelahnya

''Bila tengok kes kamu tadi abang teringat 2 tahun lepas abang pun pernah kehilangan selipar dekat masjid''.

''Masa itu solat terawih juga tapi lagi ramai daripada malam ini''

''Dulu imam dekat situ buat 21 rakaat,tapi sekarang imam ini buat 8 rakaat''.

''Ok, balik pada cerita abang tadi''

''Selepas abang melangkah keluar dari pintu keluar masjid,selipar abang yang diletakan di tepi tangga hilang.Abang pun ambil keputusan untuk menyarung selipar lain.

''Tapi sebelum abang menyarung selipar''

''Ada seorang pemuda 30an menyapa abang''

''Itu selipar kamu ke?''

''Abang pun balas''

"A'ah itu selipar saya''

''Dengan senyum melekat di mukanya''

''Dia berkata itu selipar sayalah''

''Ketika itu abang pun senyum tersipu-sipu''

"Dan pemuda itu berkata''

''Biarlah selipar kita hilang,niatkanlah sedekah''

''Dengan hati redha abang pun berjalan kakilah menuju ke motor''

''Selang 2 hari lepas itu''

''Abang tengok balik''

''Ada selipar itu''

''Rezeki Allah berikan kepada abang''

''Siap dalam keadaan bersih lagi''

''Jika kita melepaskan sesuatu kerana Allah,Allah akan gantikan kita dengan yang lain elok''Sambil Ehsan menghirup air teh.

''Terima kasih abang cerita dekat adik''

''InsyaAllah lepas ini adik akan buat semua kerana Allah''ujar adiknya sambil memakan biskut kering.

''Semoga Allah permudahkan urusan kita''berkata Ehsan sambil menolak kerusi ke dalam meja.




Sabtu, 2 April 2016

Cerita Pendek(Izzu Balik Kampung)


Akhirnya Izzu sampai juga di kampungnya Perak. Setelah 5 jam terkurung di dalam bas.

Izzu menalifon ayahnya untuk mengambilnya di stesen bas.


''Salam, Ayah Izzu dah sampai dekat stesen bas Manjung ni''

'' Wasalam,hang tunggu situ nanti ayah mai'' balas ayahnya sambil menghirup teh

Setiba ayahnya di stesen bas Izzu mencapai tangan kanan ayahnya dan lantas cium.

" Ayah sihat'' izzu membalas dengan senyum manis

'' Alhamdulillah sihat'' ujar ayahnya


                                ****
                                                                  

Sesudah sampai di rumah ayahnya Izzu pun membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta ayahnya.

'' Assalammualaikum ''

'' Waalaikummussalam ''kedengaran suara emaknya di dapur

Selepas meletakan beg di biliknya Izzu pun mendapatkan emak untuk bersalam dan cium sepuas-puasnya

'' Emmm sedap bau kari kepala ikan ni emak ''

'' Dah lama tak makan masakan mak ''

'' Kalau nak makan pergi mandi dulu kalau tak lapar lagi boleh solat zuhur di masjid ''kata emaknya sambil menceduk sedikit kari untuk dirasai.

'' Baiklah mak Izzu tak rasa lapar lagi.Izzu pergi solat dulunya''sambil mengambil kunci motor

'' Baiklah'' balas emaknya

****

  Dalam perjalanan menuju ke masjid kawan sekampung Izzu namanya Adi melihat Izzu ke arah masjid sambil dia dan kawan-kawanya melepak di dewan serbaguna.Adi berkata

'' Bila Izzu balik ''ujar Adi sambil jari telunjuk melihat Izzu

'' Entah aku pun tak tahu ''jawab kawanya Abu


" Bukan nak melepak dengan kita dah ''balas abu dengan nada kecewa

'' Tidak apa malam ni aku jumpa dia ''balas Adi


****

Dari zuhur tadi sehingga malam Izzu di rumah sahaja dan ini menambah rasa curiga di hati kawan-kawan

'' Mak Izzu pergi solat magrib dulunya ''sambil mencapai kopiah berwana putih

'' Hati-hati ''kata maknya

Ketika kaki kanan Izzu melangkah masuk ruang utama solat.Raut wajah Izzu tiba-tiba berubah.

'' Waktu magrib pun tak ramai pemuda-pemuda yang datang.Boleh kira dengan jari ''

'' Adakah waktu ini mereka masih lagi berlepak,Mereka tidak tahukah waktu ini syaitan banyak berkeliaran'' bisikan hati izzu sambil melangkah kaki ke saf hadapan.

Setelah memberi salam yang terakhir,berdoa dan menunaikan solat sunat lepas solat isyak.Izzu pun melangkah keluar masjid dan terus menaiki motor untuk pulang.

Sewaktu Izzu tengah menunggang motor,dari jauh Adi nampak kelibat Izzu lantas mengakat tangan sebagai isyarat untuk berhenti.

'' Izzu ''

'' Izzu ''

Ketika itu juga Izzu perlahankan kenderaanya dan mematikan enjin motornya.

'' Lepaklah dulu Izzu ''kata Adi.

'' Entah,dah tak nak lepak dengan kami ke?'' ujar kawannya yang lain sambil memegang telefon.

Dengan kata-kata itu Izzu pun bertongkatkan motornya lalu duduk di pondok itu.

'' Aku bukan tak nak lepak tapi ....(dalam hati tersimpan kata-kata marah) Tetapi dia bersabar.

'' Tapi awal lagi, nanti isyak aku lepaklah '' kata dengan nada rendah.

'' Ermm lusa hang nak balik sana dah 

Entah bila hang nak balik sini lagi ''ujar kawanya dengan nada sinis.

Dengan hati yang membuak-buak Izzu pun mengeluarkan kata-kata yang dia simpan selama ini

'' Aku bukan taknak lepak tapi hanya duduk dan pegang telefon layan game 

Bagi aku, itu hanya buang masa 

Dengan Allah kita tak jaga.

Dengan manusia kita nak jaga mana boleh sambil berkerut muka Izzu.

Masjid 1,2 orang sahaja orang muda lain semua pakcik-pakcik.

Bagi aku jaga hubungan dengan Allah dahulu dan secara tidak langsung kita sendiri akan jaga hubungan dengan manusia.

 Dulu petang ada juga aktiviti bermanfaat main bola sepak,tapi sekarang hanya tinggal jaring,tiang dan padang bola sahaja''balas Izzu dengan nada naik turun.

Semua yang ada disitu terdiam mulut macam baru kena gam.

" Maaflah hampe semua''

'' Mungkin aku jarang balik tapi aku tak jarang pergi masjid ''

'' Bukan nak mendabit dada tapi fikir-fikirkanlah ya''

Izzu bangun lalu pergi ke motornya,mengucapkan salam dan terus menghidupkan enjin pulang ke rumahnya.



Keesokan hari waktu magrib juga,Izzu berasa gembira guling-guling kerana dengan izin Allah Adi datang ke masjid dengan pakaian yang kemas.Selepas habis solat mereka pun minum malam di warung kampung mereka.

'' Abang teh tarik 2 ''kata Adi

''Itu sahaja''balas abang itu

'' A'ah terima kasih''

'' Sama-sama ''

'' Aku bukan taknak berubah tapi tak ada orang support aku untuk berubah''ujar Adi 

'' Memang susah'' jawab Izzu

'' Aku pun ubah demi ubah sejak tinggal di KL, itupun ambil masa 2 tahun'' balas Izzu

'' Maaflah hal semalam, sebenarnya aku dah simpan kata-kata itu dah lama''

'' Hang cuba jaga solat dan membaca Al-quran''

'' Aku pun dulu cuba jaga solat dan barulah Al-quran''

'' Alhamdulillah ada peningkatan dalam diri aku''.

'' Aku cuba dan hang pun doakan aku juga ''balas Adi dengan wajah penuh harapan.

'' InsyaAllah''balas Izzu

'' Air pun dah habis,aku balik dululah sebab tiket bas aku pukul 9 pagi takut lepas subuh aku mengantuk balik''sambung Izzu sambil memegang cawan.

'' Baiklah''








Isnin, 21 Mac 2016

Puisi ke 4


lahirnya ihsan mempunyai fitrah
ada fitrah sama dan tidak sama
fitrah suka kepada manusia itu biasa
tetapi fitrah suka kepada Allah itu luar biasa

Allah jadikan fitrah itu luar biasa
maka ikutlah dengan syariat diberi
agar hidup lebih indah tidak terperi
melainkan kita ubah fitrah diberi

suka kepada manusia itu juga fitrah
rasa amarah,rasa sedih itu juga fitrah
tetapi jika kita tidak ikutkan nafsu
insyaAllah ia akan jadi suatu keredhaan Ilahi

Isnin→21/3/2016
8.17 a.m

Ahad, 20 Mac 2016

Puisi ke 3

ini coretan hanya perkataan
supaya menjadi pengubat lara
lara apa tuhan sahaja yang tahu
kerana dialah yang menciptakan ku.

mengusap kepala tanda serabut kepala
itulah jadi seorang lelaki
tapi tidak memberi seribu makna
jika Al-Quran tidak selalu dihati.

surat cinta tajuknya lagu In-Team
kerana ada kalam-kalam indah
meskipun indah perlu ditabburi selalu
agar menjadi pedoman cinta hidup yang hakiki.

Kala hati tidak rasa tenang
dek hiruk-pikuk masalah
cari surat cinta Allah kerana
sudah tertulis dalam Al-quran
sebagai penguat rohani hambanya

Ahad
20/3/2016
10:34pm

                             

Selasa, 9 Februari 2016

Kaedah Tertib adab,doa,berdialog dengan Allah dalam Surah Al-Fatihah

Setiap orang suka berdoa kepada Allah tidak kiralah dalam waktu senang mahupun dalam waktu susah.Kerana dengan mengingati Allah hidup akan menjadi tenang.

Dalam surah Ar-ra'd:ayat 28 Allah telah rakamkan kalamnya

''iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang'.

Jadi,berbalik pada doa tadi ada kaitan doa dan mengingati Allah.Kerana berdoa mesti menyebut nama Allah jika tidak sebut Allah pun mesti menyebut nama Allah yang lain.Contohnya Ar-Rahman,Ar Rahim,Al Hamid,Al Majid dan lain-lain

selepas sebut nama Allah barulah memuji pesuruh Allah iaitu Nabi kita Nabi Muhammad.


Baiklah saya akan tunjuk kaedah berdoa dalam tertib berdasarkan surah al-fatihah:

1:Dimulakan dengan memuji nama Allah iaitu dengan membaca basmalah
  -بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ - Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha mengasihani
-dalam kita berdoa perlulah kita memuji Allah kerana hanya dialah yang dapat mengkaburkan permintaan kita.
2:الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العٰلَمينَ - Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam
-dan perlulah kita memuji kebesaran Allah sebelum kita mahu sesuatu dari Allah

3:الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ- Yang maha pemurah lagi maha penyayang
-memuji nama Allah
مٰلِكِ يَومِ الدّينِ-Yang menguasai hari pembalasan
-tunjukan kebesaran Allah
5إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ -Kepada engkaulah(Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami minta pertolongan
-selepas sudah memuji nama Allah,memuji kebesaran Allah,memuji keadilan Allah.barulah kita meminta tolong kepada Allah
6:اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ - Tunjuklah kami jalan yang lurus
ayat ini juga menerangkan pertolongan hamba supaya dapat hidayah dari Allah
7: صِرٰطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّين- Iaitu jalan yang telah engkau kurniakan nikmat kepada mereka dan bukan pula jadi meraka yang sesat.


Nampak Allah telah tunjukan kita cara berdoa dengan tertib dan tidak perlu tergesa-gesa.Sebab itu jugalah dalam hadits menyatakan surah Al-fatihah ni adalah surah paling teragung.

Nak lebih lanjut boleh tengok link bawah ini

https://www.facebook.com/iproduksi/photos/pcb.945997368830032/945992188830550/?type=3&theater
                                                      

 Wallahua’lam.










Khamis, 4 Februari 2016

Persiapan Seorang Remaja



kita perlukan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai wawasan yang ohsem

Jemput membaca.Semoga ia bermanfaat untuk ummah

ehh gitu....
 

http://quranicgen.com/persiapan-seorang-remaja/

Khamis, 21 Januari 2016

Genap Usia Ku

20 Januari

Sudah menjangkau usia sebegini yang sedikit sebanyak mengajar aku aliran hidup diluar sana

Walaupun berat cabaran diluar sana

Itulah mengajar aku dekatkan diri kepada yang maha esa

Jika aku tak terantuk dahulu mana mungkin aku tahu makna tengadah sekarang

Sungguh Allah sangat cinta pada hambanya