Khamis, 31 Disember 2015

RUGI jika KALAH






buangkan perasaan ini

haaahhhhhhhh....

hasssssssssh.....

hermmmmmmmmm............

itulah kalimat mengeluh yang selalu kita luahkan ketika terasa lemah diri ataupun terasa sempitnya diri tatkala sesuatu yang diidamkan tidak dipenuhi

tapi cuba kita renung kembali(bukan berangan yer)

sebenarnya kita sudah jauh kehadapan demi satu langkah ke satu langkah,demi tahun ke tahun kita sudah berlajar banyak benda yang mematangkan fikiran dan kita boleh bawa diri sampai tahap ini yang kita dan orang sekeliling kita tak menyangka kita sehebat ini...

cuba kita renung kembali 
.....
.........
.............

dulu di sekolah menengah kitalah yang jarang bercakap,nak bergaul dengan rakan sama jantina pun segan takut kena ejek,suka melepak sini-sana,bila bercakap sepatah pun orang tak faham,gagap,suka ikut telunjuk orang sahaja.

NAMPAK!!!  

kita dulu serba serbi banyak kekurangan.....

tapi sekarang tanpa disedari kita sudah menghadapi semua itu

jika kita balik kampung

kawan-kawan kampung nampak kita berjalan pun dah nampak lain dan bila kita bercakap penuh dengan isi yang bermanfaat dan jelas tanpa gagap macam dulu lagi

NAMPAK!!!

bila rasa nak kalah cepat-cepat fikir 

jika aku terus kalah

siapalah yang nak bangkitkan aku kembali jika bukan aku sendiri

pertama kalau rasa diri nak bangkit carilah Al-quran dan taddabur kalam-kalam Allah

Antara kalam-kalam Allah yang membangkitkan jiwa yang tengah kalah

"Dan di antara manusia ada yang mengorban dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat berbelas kasihan pada hamba-hamba-nya"

Al-Baqarah:207

dan langkah seterusnya kita faham setuasi kita dan fikir apa yang aku kena buat 

kalau boleh tulis

tulis...

kalau nak berkongsi dengan orang lain

kongsi...

mungkin dengan cara itu  mudah untuk cari titik permulaanya...

bagi yang mengikuti Usrah

kongsi dalam halaqah jangan segan-silu




Sabtu, 28 November 2015

Buat adik perempuan Ku

Dalam aku tersebam,dikau adiku memapah aku dengan kata-kata positif
Meskipun nada suara kau tinggi dan berdesup ibarat ayam betina bertelur riuh suaranya

Tetapi aku mengerti itu hanya simbolik luaran bukan dalaman dan aku hanya geli hati bila kau berletir sedekimian
Sebab dalammu penuh dengan menyokong abang-abangmu untuk berjaya

Kadang jadi abang mahupun kakak mempunyai ego supaya tak tercalar kribiliti seorang yang lebih tua
Tetapi aku berfikir sejenak
Jika aku boleh beri nasihat agama
Kenapa seorang adik tidak mustahil seorang memberi taujihat kepasa seorang abang

Moralnya:Anggap adik itu sebagai kawan karib yang boleh ditegur dan menegur dan jika ingin menegur berhikmahlah supaya keakraban tidak menghilang....

Jumaat, 27 November 2015

Kisah Kerja Dipagi Hari

Hari demi hari berlalu sang burung berkicauan di subuh hari
begitu jugalah manusia berkicauan dengan bunyi-bunyian kenderaan pelbagai rupa dari segenap jalan raya,
Jika orang Islam bangun dipagi hari
selepas selesai solat fardhu subuh,
Dengan izin Allah rezeki akan murah.

Mula bekerja tidak kira dimana,
Boleh dikatakan hari-hari pagi mengadap perkara yang sama dan disitulah permulaan sikap kita
adakah aliran permikiran kita posotif ataupun negatif,
Jika negatif cubalah bersabar dek langit cerah indah diperlihat ciptaan yang agung bahkan ciptaan langit lebih susah dari manusia.
Pandanglah, pujilah kepada tuhan sambil menaiki kenderaan dan itu lebih baik daripada berkata buruk dengan pemikiran yang segar di pagi hari

Jika positif teruskan usaha dengan beristiqamah....

Sabtu, 21 November 2015

Zuhud dan wara'

MENINGGALKAN SESUATU KERANA ALLAH.

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئًا لِلَّهِ إِلاَّ بَدَّلَكَ اللَّهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ
Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah melainkan Allah akan menggantikannya untuk engkau apa yang lebih baik daripadanya. [Musnad Ahmad, Ahadis Rijal Min Ashabi an-Nabiy, no: 23124, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya sahih]

Banyak perkara yang perlu ditinggalkan dalam dunia ini. Daripada yang jelas hukum haram atau makruhnya, ataupun perkara yang hukum asalnya harus/halal tetapi jika dilakukan tiada manfaat padanya atau berpotensi melarikan manusia daripada mentaati Allah.

Ibn Taimiyyah berkata:

الفرق بين الزهد والورع أن الزهد ترك ما لا ينفع في الآخرة، والورع ترك ما يخاف ضرره في الآخرة.
Perbezaan antara zuhud dan wara' ialah: Zuhud ialah meninggalkan apa-apa yang tidak memberi manfaat kepada akhirat. Wara' pula meninggalkan sesuatu yang ditakuti memudharatkan di akhirat kelak. [Taisir al-'Allam]

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |

Sabtu, 14 November 2015

Paris Diserang

PARIS – Sebanyak 140 orang dilaporkan tewas dalam serangan teroris secara beruntun di enam lokasi di Paris, Prancis. Di aula konser Bataclan dilaporkan sekira 100 orang tewas, sementara 40 orang lainnya di lima lokasi serangan lainnya. Di tempat konser music Bataclan sebelah timur Paris, sekelompok pria bersenjata senapan Kalishnikov melepaskan tembakan secara membabi buta ke arah kerumunan penonton. Petugas dilaporkan berhasil menembak mati tiga penyerang di tempat ini, namun sejumlah warga sipil juga tewas di tempat ini. Demikian dilansir dari Mirror, Sabtu (14/11/2015) . Sementara di stadion Stade de France, tiga penyerang tewas akibat ledakan bom bunuh diri. Adapun warga sipil yang tewas mencapai 35 orang. Letusan senjata juga terdengar di restoran dekat Rue Bichat. Teriakan histeris langsung pecah sesaat setelah serangan akibat jatuhnya korban luka dan jiwa. Sejumlah orang juga dilaporkan tertembak di rue de Charonne. Laporan sementara serangan terjadi di lima atau enam tempat dalam waktu hampir bersamaan, laporan terbaru serangan juga terjadi di pusat perbelanjaan Les Halles, dekat the Centre Pompidou dan the Louvre. (ful)

Isnin, 2 November 2015

Tunjukan cinta kita Kepada Idola Kita

Status ini sudah saya nukilkan dalam facebook pada 2 hari lepas.Semoga Bermanfaat 

Beruntunglah kita dapat jadi umat nabi muhammad S.A.W kerana kita ada idola yang boleh dicontohi dengan memperlajari haditsnya dan dalam hadisnya kita dapat belajar Peribadi dan peribadinya kita boleh belajar Dengan petuturanya,Perbuatan untuk mengajak dan mengislah diri dan orang lain kepada jalan Allah.

Yang paling tak best kita suka cakap beruntunglah jadi umat nabi Muhammad tapi kita kurang belajar hadis nabi sedangkan kita kata kita contohi nabi
Kita dah ada semangat hijrah cintakan nabi tapi kita tak dalami ilmu hadis ini

Nak bernasyid boleh tapi berpada-padalah.

Semoga Allah jauhkan diri kita dari sifat ini...

Yang menulis ini taklah belajar semua hadis tapi tengah nak belajar ilmu hadis,doakan yang menulis ini terus istiqamah dalam belajar ilmu hadis

Jika ada salah tulis tolong betulkan iye

Rabu, 21 Oktober 2015

Sistem penyucian

Halaqah,boleh diibaratkanya seperti sistem osmosis berbalik ,iaitu sistem menyusucian yang ada pada air

Begitu jugalah halaqah mingguan kita

Jika gundah kelana menjadi asbabnya kita tidak semangat,maka datanglah halaqah supaya ditiupkan kembali jiwa-jiwa para du'at

Dengan adanya jiwa para du'at,mereka diluar sana akan terpalit rasa kemanis jiwa-jiwa para du'at

Sesungguh Allah suka orang yang berlumba-lumba dalam kebaikan

Fastabiqul khairat

Sekian ...

Mohammad Fathy
7:01 a.m
21/10/2015

Khamis, 8 Oktober 2015

Apa perlu dibaca di pagi dan petang

APA PERLU DIBACA DI WAKTU PETANG?

رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا
Aku telah redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi.
~~~~~~
عَنْ ثَوْبَانَ، رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Tsauban radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا
Sesiapa yang memasuki waktu petang dan membaca: -Aku telah redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi-

كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ أَنْ يُرْضِيَهُ
maka Allah pasti akan meredhainya.
[Jami' at-Tirmizi, Kitab ad-Da'awat, hadis no: 3389, hasan gharib]

~~~~~~~~~~
Daftar segera SEMINAR AL-QURAN 1.0
Pembentang: Ustaz Yasir Ramlee dan Dr. Nik Md Saiful Azizi
Tarikh/hari: Sabtu/31 Oktober 2015
Lokasi: UIAM Gombak
*Perincian seminar boleh dilihat di sini -> http://alkahfi.com.my/seminarquran/

Rabu, 7 Oktober 2015

Jom menuntut Ilmu

KENAPA PERLU MENUNTUT ILMU?

وذكر عن الأوزاعى قال:

Diriwayatkan daripada Imam al-Auzai’e, beliau berkata:

جاء رجل إلى ابن مسعود فقال: يا أبا عبد الرحمن، أى الأعمال أفضل؟

Seorang lelaki telah datang kepada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu lalu bertanya : Wahai Abu Abdul Rahman, apakah amalan yang paling afdhal?

قال: العلم، ثم سأله أى الأعمال أفضل؟ قال: العلم،

Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu menjawab: Ilmu. Kemudian lelaki itu bertanya lagi : Apakah amalan yang paling afdhal? Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu menjawab : Ilmu.

قال: أنا أسألك عن أفضل الأعمال، وأنت تقول: العلم؟

Lelaki itu pun berkata : Aku bertanya kepada engkau tentang amalan paling afdhal, tetapi engkau menjawab ilmu.

قال: ويحك، إن مع العلم بالله ينفعك قليل العمل وكثيره، ومع الجهل بالله لا ينفعك قليل العمل ولا كثيره.

Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu menjawab: Celaka engkau! Dengan adanya ilmu tentang Allah, amal yang sedikit mahupun banyak akan memberikan manfaat kepada engkau. Dengan kebodohan tentang Allah. Amal yang sedikit mahupun banyak tidak memberi manfaat kepada engkau.

[Kitab al-Ilm, Syarah Sahih al-Bukhari oleh Ibn Batthal]

http://alkahfi.com.my/kenapa-perlu-menuntut-ilmu/

Rabu, 30 September 2015

Rasa nak jadi cikgu Kaunseling

Peace be upon....
Selepas aq tengok video pendek 'animasi maahad Muhammadi perempuan 2015
Sungguh menyentuh hati
Kisah ariana murid yang menduduki SPM
yang suka memberontak kerana selalu dimarahi oleh cikgu Amy walhal memang salah ariana kerana kurang memberi fokus ketika cikgu mengajar....
Daripada video ini guru besar sekolah itu kemungkinan dapati yang ariana ini kurang dapat kasih sayang bapanya walaupun ayahnya seorang yang kaya raya... Ibunya sudah meninggal dan ayahnya mengawini perempuan lain...
Ariana dipaksa oleh cikgu aimy untuk membuat kelas tambahan....
Selepas habis kelas tambahan ariana ternampak cikgu aimy solat dan selepas solat cikgu aimy doa dan dalam banyak-banyak doa tu,ada satu doa especially untuk ariana...
Sungguh terharu dia sampai menangis sambil berkata inilah orang pertama ambil berat tentang diriku...
Selepas kejadian itu ariana terus pedesup belajar sungguh-sungguh dan Alhamdulillah dia berjaya dan terus berjaya...
Credit Video ini kepada Director Adibah abdul Ghapar and the geng
---------------------------------------------------------------------------
Nampak!!! dari hati ke hati insyaallah akan menemukan ikatan tulus antara pendidik(cikgu) dan di didikan(pelajar)...
Bagi saya nak islahkan diri dan orang lain cari basic yang boleh sentuh&mengusik hati insyAllah seseorang itu akan mudah kita nak tarik dengan perkara-perkara baik yang lain
Siru wala tu'a siru...
Wallaualam.....

Coretan tunggu nasi goreng teh tarik

Hari-hari Mendatang

Dari aq sekolah menengah yang cakapnya berbelit-belit kadang-kadang aq pon tak faham...

Sampai lar ni Alhamdulillah aq berani dirikan diri menghurai satu-satu perkara dengan lebih baik..

Dulu aq yang tak terurus semuanya takot-takut nak cuba...

Sekarang ni aq kurang takut...

Dulu aq yang penuh emosi jiddan...

Sekarang cube kawal diri senyum selalu walaupun ada pihak cakap 'aq tengok ko selalu kena marah...tapi anggapnya sebagai kefarah dan cuba tahani ujian satu,dua dan tiga...
----------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah sekarang ni keluarga aku tengah respect dengan aku yang pandai bawa diri walaupun actually aq pon terkebil-kebil tapi kena tunjukan kekuatan
Kita kalau tak mampu buat benda besar mulakan dari kecil atau mula dari skop yang sikit supaya sikit-sikit kita berlajar

Mohammar Fathy.
30 September 2015
9:45 pm

Ahad, 27 September 2015

Duduk dalam KTM

Selepas aku habis SPM aku berkelana ke KL disitulah aku berdiri means aku jauh dari keluar sebelum ni pernah juga masa PLKN tetapi Hanya 2 bulan something...
Selepas terus ke KL.........

Di KL aq stdy course yang aku memang tak boleh bawa tetapi dgn semangat berkobar-kobar macam cerita Bravo 5

Tapi terkandas di pertenganhan jalan
Lepas itu aku berkelana ke shah alam dek kerana kacewa tak dapat sambut belajar... Di sini aku jumpe banyak orang yang macam-macam ragam.firstly abang ni pernah bukak kedai tapi terkandas di tengah jalan juga.disitu aku punya naluri setelah 4 bulan pernah sembang dengan dia dia mengalami kekecewaan keadaan mungkin abang ni perlu disungtik semangat kembali... Sebab dia memang pakar memasak katekan saja semua benda dia pandai. Dan aku suka sembang dengan dia sebab pengetahuan dia luas sekali...

Bila aku duduk dan fikir sejenak bertapa Allah sayangkan aku kerana bila aku kacewa ada yang heret aku untuk semangat kembali iaitu dalam sistem tarbiah (Halaqah) tak kira ngo bkn ngo aku join sebab dia memberi kita jiwa bangkit...

Dan aku heret sekali abang ni selama 3 bulan tetapi cara yang aku guna tak berkesan.oleh itu aku cuba titip doa untuk dia....

Salam
Mohammad Fathy
11.20pm
Dalam KTM

Jumaat, 11 September 2015

Tahniah...

Esok 12/9/2015 kebanyakan kawan-kawan satu batch berkonvo di UIA.

Tahniah diucapkan kerana harungi liku-liku kehidupan belajar di IIC.

aku doakan hampe happy berkonvo dengan kawan-kawan lain

mesti seronok.... datang pula ibubapa,sahabat handai tak lupa pada yang sudah bernikah 'zaujah&zauj' datang sekali(maklumlah budak ipt suka nikah awal lagi-lagi ipt islamik)

 itu lagilah best!!!!

           
tapi tak boleh lawan ibubapa sebab tiada ganti untuknya....

*********************************************************************************

tetapi.............

aku tak berkonvo malah tak habis pun berlajar hanya sekarang jalan saje...

   hanya Allah sajelah yang tahu lubuk hatiku ini


mesti ada hikmah disebalik

surah Al-baqarah ayat 216


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ


dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah: 216).









aku teringat balik sewaktu dulu dari rumah semangat nak belajar ambil kos diploma perniagaan pentadbiran,walaupun masa SPM matematik pun ambil paper julai tu pun cukup-cukup ceduk je dapat.

bila masuk kolej boleh dikatakan banyak subjek aku tak boleh bawa,tapi aku go  on je sebab nanti orang lain kate ape pulak dekat aku..

dan masuk kolej aku lupe nak tanya khabar dekat parents aku,kalau tanya khabar sekali,dua kali dalam setahun...wuuuuuuuuu

kalau telefon sebab suruh masukan duit dalam atm

   tapi bila kawan a.k.a abang rapat sebab tua dari aku cakap

ko telefon ayah ko sebab tanya duit jee

pabbbbbbbbbbbbbbbbbb bedesukkk dalam hati sanubari ini

 start itu aku tanya khabar sehinggalah harini walaupun aku kawan dengan kawan aku ini lebih kurang 2 taon lebih....

sebab bawa lari kerana malu aku tak abis belajar
 
 kritikan dia pedassss!!!! tapi banyak membina kerana dia seorang ahli agama yang zuhud boleh aku katakan sebab dia macam-macam 'article' dia pernah menulis termasuklah majalah,surat khabar dan banyak lagi.... nak cerita tentang kebaikan dia kerana buat buku sebab banyak dia membina aku hero tu semi zero...

semoga Allah merahmati dia selalu,Allahhuameen

dan sorang lagi selalu memberi kata-kata taujih yang memberi semangat tetapi bahasanya lembut dan zuhudnya juga orangnya...

dia pun banyak belajr dari kawan aku yang tadi

Allah meletakan aku diantara kawan-kawan aku ini yang 'superb'....

*********************************************************************************
bila di kolej ayah aku selalu bagi duit belanje tapi aku nak belajar supaya ayah tak kecewa walaupun aku tahu aku tak boleh bawa kos ini,(bab ini aku tak cerita kepada kawan aku tadi sebab malu) di akhir-akhit aku belajar aku kerja sendiri tak nak guna duit ayah dah sebab aku banyak menyusahkan diri dengan result aku yang memang tak elok,

selang sebulan

aku kena kick oleh kolej kerana banyak subjek tak boleh bawa

memang down gila gaban....

pernah 4 hari tak lalu makan nasi

tapi puk!!!!  ayah aku beri kata semangat melalui mesej

wahhh aku terharu dan bangkit semula

tapi sampai sekarang aku agak terkilan

tak dapat bahagiakan ayah aku........

mungkin dengan cara lain

ayah maafkan daku

tapiiii serius...

walaupun aku dah tak belajar lagi

bannyak pengalaman yang berguna

aku harap kawan yang ada support aku





Coretan budak tak dapat konvo
Ibnu Hamid








Selasa, 4 Ogos 2015

puisi ke Dua

mereka menjadi boneka orang ramai tanpa sedar
dek kerana memuaskan hati mereka dan orang ramai
tetapi orang ramai sudah tidak lagi percaya akan penutup itu

kesini kesana mencari penutup supaya senang ditutup
tapi apakah daya penutup itu sudah lama dan hangus
macam rumah dijilat api.

jika menyusun sepuluh jari insyaAllah kita semua senang

sebab hamba memaafkan hamba tidak susah,
jika maha pencipta murka akan mereka
maka binasalah kamu,wang ringgit,pangkat
tidaklah berguna,anggaplah seperti hangus dijilat api

Dengan ada cebisan umur ini marilah bertaubat sebelum terlambat

sekian....




Isnin, 3 Ogos 2015

Allah susun rencana baik untuk kita

Sewaktu saya tingkatan 5 saya tercari-cari teman yang keluar sama-sama yang jaga solat fardhu(wajib)5 kali sehari.Saya pun berdoa dari sehari ke sehari walaupun kadang-kadang malu berdoa kepada Allah kerana langgar perintahnya
Bisalah waktu remaja yang semua benda nak cuba sebab dirinya rasa dah besar dan boleh cuba apa yang dia nak,Padahal duit belanja rm2.00 pon mak&ayah bagi lagi ada hati cakap diri dah besar...

Ok berhenti cerita tentang 'rasa dah besar'tetttttttt
Sebab Malu.... Sambung cerita tentang doa ni

Habis saya sijil pelajaran malaysia (SPM) saya dapat tawaran di Kolej Islam Antabangsa(IIC)
Setelah masuk kolej itu dari hari kehari saya jumpa banyak kawan yang dari pelbagai negeri
Setelah kenal kawan disitu Allah dengar doa saya sewaktu tingkatan 5 yang nk kawan yang jaga solat fardhu akhirnya saya dapat,bukan setakat jaga solat fardhu Allah berikan saya kawan yang ikuti usrah dah tarbiyah

Alhamdulillah...

Sebenarnya Allah berikan lebih dan terbaik apa yang kita minta,yang penting syukur

Sekian...