MENINGGALKAN SESUATU KERANA ALLAH.
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئًا لِلَّهِ إِلاَّ بَدَّلَكَ اللَّهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ
Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah melainkan Allah akan menggantikannya untuk engkau apa yang lebih baik daripadanya. [Musnad Ahmad, Ahadis Rijal Min Ashabi an-Nabiy, no: 23124, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya sahih]
Banyak perkara yang perlu ditinggalkan dalam dunia ini. Daripada yang jelas hukum haram atau makruhnya, ataupun perkara yang hukum asalnya harus/halal tetapi jika dilakukan tiada manfaat padanya atau berpotensi melarikan manusia daripada mentaati Allah.
Ibn Taimiyyah berkata:
الفرق بين الزهد والورع أن الزهد ترك ما لا ينفع في الآخرة، والورع ترك ما يخاف ضرره في الآخرة.
Perbezaan antara zuhud dan wara' ialah: Zuhud ialah meninggalkan apa-apa yang tidak memberi manfaat kepada akhirat. Wara' pula meninggalkan sesuatu yang ditakuti memudharatkan di akhirat kelak. [Taisir al-'Allam]
| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan