Rabu, 30 September 2015

Rasa nak jadi cikgu Kaunseling

Peace be upon....
Selepas aq tengok video pendek 'animasi maahad Muhammadi perempuan 2015
Sungguh menyentuh hati
Kisah ariana murid yang menduduki SPM
yang suka memberontak kerana selalu dimarahi oleh cikgu Amy walhal memang salah ariana kerana kurang memberi fokus ketika cikgu mengajar....
Daripada video ini guru besar sekolah itu kemungkinan dapati yang ariana ini kurang dapat kasih sayang bapanya walaupun ayahnya seorang yang kaya raya... Ibunya sudah meninggal dan ayahnya mengawini perempuan lain...
Ariana dipaksa oleh cikgu aimy untuk membuat kelas tambahan....
Selepas habis kelas tambahan ariana ternampak cikgu aimy solat dan selepas solat cikgu aimy doa dan dalam banyak-banyak doa tu,ada satu doa especially untuk ariana...
Sungguh terharu dia sampai menangis sambil berkata inilah orang pertama ambil berat tentang diriku...
Selepas kejadian itu ariana terus pedesup belajar sungguh-sungguh dan Alhamdulillah dia berjaya dan terus berjaya...
Credit Video ini kepada Director Adibah abdul Ghapar and the geng
---------------------------------------------------------------------------
Nampak!!! dari hati ke hati insyaallah akan menemukan ikatan tulus antara pendidik(cikgu) dan di didikan(pelajar)...
Bagi saya nak islahkan diri dan orang lain cari basic yang boleh sentuh&mengusik hati insyAllah seseorang itu akan mudah kita nak tarik dengan perkara-perkara baik yang lain
Siru wala tu'a siru...
Wallaualam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan